SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN

Majlis Konvokesyen UTHM kali ke-17 akan diadakan pada tarikh 14, 15 dan 16 Oktober 2017.

  • Graduan DIWAJIBKAN membuat pengesahan kehadiran melalui Portal rasmi Konvokesyen di laman sesawang UTHM selewat-lewatnya 15 hari atau tarikh yang akan ditetapkan oleh Universiti.
  • Graduan akan dikenakan caj penuh yuran konvokesyen secara automatik mengikut tahap pengajian. Sekiranya graduan tidak hadir maka tuntutan pemulangan baki yuran yang dikenakan sila rujuk kepada pejabat Bendahari
  • Graduan DIWAJIBKAN menyelesaikan semua hutang pengajian dan apa-apa bayaran berkaitan serta yuran konvokesyen melalui e-payment yang boleh dicapai melalui portal konvokesyen di laman sesawang UTHM sebelum dibenarkan berurusan untuk mengambil set pakaian konvokesyen.
  • Graduan DIWAJIBKAN mengisi soal selidik Kajian Pengesanan Graduat dan Kajian Sistem Maklumat ALUMNI (SISMA) melalui portal rasmi Konvokesyen.
  • Graduan DIWAJIBKAN membawa surat Jemputan Graduan semasa berurusan berkaitan dengan konvokesyen.
  • Graduan yang telah membuat pengesahan kehadiran hendaklah mengambil set pakaian konvokesyen di Aras 1, Dewan Peperiksaan (Blok F2) dalam tempoh yang telah ditetapkan sebelum majlis.
  • Graduan DIWAJIBKAN mematuhi jadual waktu pengambilan set pakaian konvokesyen yang ditetapkan seperti berikut:
HARI / TARIKH MASA

TEMPAT 

 Rabu & Khamis 

28 & 29 September 2016

8.30 pagi - 12.30 tgh

REHAT

2.30 petang - 4.30 petang

Aras 1, Dewan Peperiksaan (Blok F2)

 Isnin ~ Khamis 

2~6 Oktober 2016

8.30 pagi - 12.00 tgh

REHAT

2.30 petang - 4.30 petang

Aras 1, Dewan Peperiksaan (Blok F2)

 

  • Graduan dinasihatkan agar mengambil set pakaian konvokesyen lebih awal bagi mengelakkan daripada kesesakan, stok saiz yang terhad, pengambilan di saat akhir menyebabkan kesilapan memilih jenis jubah.
  • Graduan DIBENARKAN mewakilkan individu lain untuk mengambil set pakaian konvokesyen dengan syarat mengisi borang wakil rasmi yang boleh di muat turun melalui laman sesawang PPA.
  • Setiap graduan DIWAJIBKAN hadir mengikuti sesi RAPTAI penuh sehari sebelum Majlis Konvokesyen. Pastikan graduan memakai pakaian sopan seperti mana yang telah ditetapkan oleh Universiti.
  • Last updated on .
Copyright © 2017 Convocation UTHM • Developed by PTM