PERATURAN BERPAKAIAN DAN RUPA DIRI GRADUAN

  • PERATURAN BERPAKAIAN DAN RUPA DIRI GRADUAN

    A. JENIS PAKAIAN DAN RUPA DIRI

    1.0 Graduan Lelaki

    1.1 Pakaian

    1.1.1 Graduan dimestikan memakai ‘Lounge Suit’ warna hitam / biru gelap beserta tali leher / Baju Melayu Cekak Musang berwarna hitam dan bersamping Gelap

    1.1.2 Kasut jenis kasut formal (pejabat) berwarna hitam serta stokin warna hitam/gelap.

    1.2 Rupa Diri

    Graduan lelaki hendaklah berambut pendek dan kemas serta tidak mencecah kolar baju. Graduan berambut panjang DILARANG menyertai Majlis Konvokesyen.

    2.0 Graduan Wanita

    2.1 Pakaian

    2.1.1 Graduan wanita hendaklah berpakaian sopan dan sesuai dengan majlis rasmi dengan kriteria berikut :-

    - Kain dengan kadar labuh sehingga menutupi bahagian buku lali. 
    - Baju berlengan panjang hingga ke pergelangan tangan dengan kancing rapi dengan butang
    - Baju hendaklah menutup bahagian hadapan dan belakang pangkal leher.

    2.1.2 Kasut berwarna hitam dan bertutup penuh (court shoes) berwarna hitam atau gelap

    2.2 Rupa Diri

    Graduan wanita tidak memakai tudung dan berambut panjang HENDAKLAH mengikat rambut agar kelihatan rapi dan kemas.


    B. LARANGAN JENIS PAKAIAN DAN RUPA DIRI

    1.0 Graduan Lelaki

    1.1 Memakai Tali Leher Bow (Bow Tie).

    1.2 Kasut bukan jenis kasut pejabat berwarna selain hitam, kasut safety boot, kasut sukan, kasut jenis plastik atau kain dan tidak memakai stokin berwarna hitam atau gelap.

    1.3 Baju kemeja lengan pendek, kemeja Tshirt Polo, tidak memakai tali leher dan memakai seluar jeans, slack jeans, khakis atau jenis seluar bukan formal bagi majlis rasmi.

    1.4 Memakai subang telinga, rantai leher atau bangle.

    2.0 Graduan Wanita

    2.1 Memakai seluar jenis slack jeans, jeans , legging ataupun yang seumpamanya yang tidak sesuai dalam majlis rasmi.

    2.2 Pakaian berwarna yang tidak digalakkan ; Biru Diraja , Kuning Diraja, Putih sedondon dan baju jenis Songket sedondon.

            2.3 Pakaian tradisional kaum seperti cheongsam, sari mahupun jenis pakaian suku kaum yang difikirkan rasional tidak sesuai dalam protokol majlis rasmi.

    2.4 Memakai niqab atau purdah menutupi sebahagian besar muka.

    2.5 Kasut jenis tumit tinggi, sandal, jenis kain atau plastik, kasut sukan dan apa jua rekabentuk kasut yang tidak sesuai dalam majlis rasmi

      

    PERINGATAN

    GRADUAN YANG TIDAK MEMATUHI SYARAT INI

    DILARANG

    DARIPADA MENYERTAI MAJLIS KONVOKESYEN

  • CONTOH PAKAIAN DAN RUPA DIRI

  • Last updated on .
Copyright © 2017 Convocation UTHM • Developed by PTM