KHIDMAT GAMBAR KONVOKESYEN RASMI YANG DILANTIK OLEH UNIVERSITI

1. Pihak Universiti bertanggungjawab menyediakan khidmat rakaman gambar konvokesyen (STAGE PHOTOGPRAPHY ) secara rasmi dengan melantik satu syarikat yang menyediakan khidmat rakaman gambar, hasil cetakan gambar dan menyerahkan / mengedarkan pakej gambar berwarna dengan saiz berikut :-

i. 1 keping gambar bersaiz 11R ( kedudukan penuh Graduan menerima skrol)
ii. 1 keping gambar bersaiz 8R ( kedudukan separuh badan Graduan menerima skrol )
iii. 1 keping gambar bersaiz 5R ( kedudukan penuh Graduan sedang berjalan selepas menerima skrol )
iv. 1 unit cd simpanan gambar

2. 4 item di atas merupakan satu set lengkap pakej gambar yang akan diperolehi oleh setiap Graduan yang hadir dalam Majlis Konvokesyen sahaja dan termasuk dalam yuran Konvokesyen.

3. Spesifikasi gambar disertakan mounting board dengan tulisan perkataan dengan tema grafik rasmi Majlis Konvokesyen :

“ ISTIADAT KONVOKESYEN KE-18 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA “
TARIKH : 20 - 22 OKTOBER 2018

4. Pihak syarikat diberikan keizinan untuk menawarkan pakej tambahan dengan harga yang munasabah yang telah dipersetujui oleh Universiti selain daripada pakej yang telah ditetapkan.

5. Pihak Universiti tidak bertanggungjawab sekiranya Graduan memilih khidmat syarikat lain yang bukan dilantik rasmi dan segala kerugian / kualiti atau apa-apa kesulitan adalah tanggungjawab Graduan itu sendiri.

 

  • Last updated on .
Copyright © 2017 Convocation UTHM • Developed by PTM