ETIKA DI ATAS PENTAS

Ucapan Hormat Graduan

Apabila graduan menerima skrol daripada:

i) Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor

Setiap graduan hendaklah mengadap serta menundukkan kepala tanda hormat serta berkata ”Menjunjung Kasih Tuanku Canselor”.


ii) Duli Yang Amat Mulia Tunku Pro Canselor

Setiap graduan hendaklah mengadap serta menundukkan kepala tanda hormat serta berkata ”Menjunjung Kasih Tunku Pro Canselor”.


iii) Yang Berbahagia Tan Sri Pro Canselor

Setiap graduan hendaklah mengadap dan mengucapkan ”Terima kasih Tan Sri Pro Canselor”.


iv) Yang Berbahagia Datuk Naib Canselor

Setiap graduan hendaklah mengadap dan mengucapkan,”Terima kasih Datuk Naib Canselor”.

  • Last updated on .
Copyright © 2017 Convocation UTHM • Developed by PTM