PERATURAN AM

1.0 SEBELUM ISTIADAT KONVOKESYEN

Istiadat Konvokesyen UTHM kali ke-18 akan diadakan pada tarikh 20, 21 dan 22 Oktober 2018.

1.1 Graduan DIWAJIBKAN membuat pengesahan kehadiran melalui Portal rasmi Konvokesyen di laman sesawang UTHM (e-konvo) selewat-lewatnya 17 hari sebelum Istiadat Konvokesyen yang telah ditetapkan oleh Universiti.

1.2 Graduan akan dikenakan caj yuran konvokesyen mengikut pilihan status kehadiran.

1.3 Graduan DIWAJIBKAN menyelesaikan semua hutang pengajian dan apa-apa bayaran berkaitan serta yuran konvokesyen melalui e-payment yang boleh dicapai melalui portal konvokesyen di laman sesawang UTHM sebelum dibenarkan berurusan berkaitan konvokesyen.

1.4 Graduan DIWAJIBKAN mengisi soal selidik Kajian Pengesanan Graduat dan Kajian Sistem Maklumat ALUMNI (SISMA) melalui portal rasmi Konvokesyen.

1.5 Graduan DIWAJIBKAN mencetak dan membawa surat Jemputan Graduan serta borang pinjaman set pakaian konvokesyen semasa berurusan berkaitan dengan konvokesyen.

1.6 Graduan yang telah membuat pengesahan kehadiran hendaklah mengambil set pakaian konvokesyen di Aras Bawah, Dewan Peperiksaan (Blok F2) dalam tempoh 7 hari sebelum majlis.

1.7 Graduan DIWAJIBKAN mematuhi jadual waktu pengambilan set pakaian konvokesyen yang ditetapkan seperti berikut:

HARI / TARIKH

MASA

TEMPAT

 

Selasa

9 Oktober 2018

9.00 pagi - 12.30 tengahari 

REHAT

2.30 petang - 4.30 petang

 

Aras Bawah, Dewan Peperiksaan (Blok F2)

 

Rabu

10 Oktober 2018

8.30 pagi - 12.30 tengahari 

REHAT

2.30 petang - 4.30 petang

 

Aras Bawah, Dewan Peperiksaan (Blok F2)

 

Khamis

11 Oktober 2018

 8.30 pagi - 1.00 petang

REHAT

2.30 petang - 3.00 petang

 

Aras Bawah, Dewan Peperiksaan (Blok F2)

Ahad ~ Rabu  

14 ~ 17 Oktober 2018

*15 Oktober 2018 ( Cuti Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar )

 8.30 pagi - 12.30 tengahari 

REHAT

 2.30 petang - 4.30 petang

 

Aras Bawah, Dewan Peperiksaan (Blok F2)

 

 

Khamis

18 Oktober 2018

 8.30 pagi - 1.00 petang

REHAT

2.30 petang - 3.00 petang

 

Aras Bawah, Dewan Peperiksaan (Blok F2)


1.8 Graduan dinasihatkan agar mengambil set pakaian konvokesyen lebih awal bagi mengelakkan daripada kesesakan dan stok saiz adalah terhad. Pengambilan di saat akhir juga boleh menyebabkan kesilapan memilih jenis jubah.

1.9 Graduan DIBENARKAN mewakilkan individu lain untuk mengambil hanya 1set pakaian konvokesyen dengan menyertakan borang wakil rasmi.

1.10 Graduan DIWAJIBKAN hadir mengikuti sesi RAPTAI penuh sehari sebelum Istiadat Konvokesyen. Pastikan graduan memakai pakaian sopan seperti mana yang telah ditetapkan oleh Universiti.


2.0 SEMASA ISTIADAT KONVOKESYEN


2.1 Graduan dikehendaki hadir 30 minit sebelum mendaftarkan diri di tempat yang telah ditetapkan. Graduan DIWAJIBKAN membawa Surat Jemputan Graduan semasa pendaftaran dan memastikan menerima nombor giliran dan kad RFID semasa pendaftaran.

2.2 Sesi pendaftaran akan dibuka seperti jadual berikut :

 

HARI / TARIKH

 

 

MASA

 

TEMPAT

 

SIDANG

Sabtu

(pagi) 

20 Oktober 2018

 (petang

 7.00 pagi - 8.00 pagi

  

 

 

Foyer

Sebelah Kanan

 

Dewan

Sultan

Ibrahim

Pertama (1)

 12.00 tengahari - 1.30 petang

Kedua (2) 

 Ahad

 (pagi) 

21 Oktober 2018

 (petang)

7.00 pagi - 8.00 pagi

Ketiga (3)

 12.00 tengahari - 1.30 petang

Keempat (4) 

 Isnin

 (pagi) 

22 Oktober 2018

7.00 pagi - 8.00 pagi

 

Kelima (5)

12.00 tengahari - 1.30 petang

 

 

Keenam (6)


2.3 Ketika sesi pendaftaran, graduan DIWAJIBKAN memakai set pakaian konvokesyen lengkap.

2.4 Ibu / bapa / pengiring adalah TIDAK DIBENARKAN mengiringi graduan ketika berurusan di kaunter pendaftaran.

2.5 Graduan akan mengambil tempat duduk masing-masing di Zon Graduan dan mendengar taklimat ringkas daripada petugas Konvokesyen sebelum perarakan masuk ke dewan.

2.6 Graduan DILARANG membawa masuk barang-barang persendirian (beg tangan, kamera, telefon bimbit, tablet atau pelbagai peralatan teknologi maklumat (Gadjet)) dan makanan serta minuman. UNIVERSITI berhak menahan barang-barang tersebut dan tidak bertanggungjawab keatas keselamatan barang-barang persendirian tersebut.

2.7 Graduan yang beragama Islam dibenarkan MENUNAIKAN Solat Zohor setelah mendaftarkan diri. Sebaik sahaja selesai solat, graduan diminta segera masuk ke dalam barisan mengikut nombor giliran/susunan yang telah ditetapkan.

2.8 Ketika majlis sedang berlangsung, graduan dan para jemputan hendaklah menghormati keharmonian perjalanan majlis dan terus berada di tempat duduk sepanjang majlis.


3.0 SELEPAS ISTIADAT KONVOKESYEN


3.1 Tempoh pemulangan set pakaian konvokesyen adalah tiga (3) hari bekerja rasmi bermula dari tarikh akhir istiadat konvokesyen.

3.2 Selepas tarikh akhir tempoh peminjaman, sekiranya graduan masih gagal memulangkan set pakaian konvokesyen yang dipinjam maka caj kelewatan akan dikenakan sebanyak RM 20.00 per hari (termasuk hari cuti).

3.3 Sijil Akademik dan Transkrip akan ditahan sekiranya graduan gagal untuk memulangkan set pakaian konvokesyen dan akan dikenakan tindakan guaman.

3.4 Bayaran gantirugi akan dikenakan sekiranya set pakaian konvokesyen ROSAK atau HILANG.

3.5 Pengambilan Sijil Akademik dan Transkrip dibenarkan dengan syarat berikut :-

3.5.1 Menyertakan surat jemputan graduan dan pengesahan pemulangan set pakaian konvokesyen.

3.5.2 Mengemukakan cetakan Slip Kajian Pengesanan Graduat ( Tracer Study ) dan ;

3.5.3 Mengemukakan cetakan Slip Pengesanan Sistem Maklumat ALUMNI ( SISMA)

3.6 Sijil Akademik dan Transkrip boleh diperolehi secara pos setelah mengisi Borang Mohon Pos Sijil dengan bayaran sebanyak RM 12.00.

3.7 Wakil graduan boleh mengambil Sijil Akademik dan Transkrip dengan syarat mengemukakan Borang Kebenaran Wakil dan salinan kad pengenalan graduan yang berkaitan.

3.8 Tuntutan Sijil Akademik dan Transkrip DIBENARKAN dalam tempoh 90 hari (3 bulan). Selepas tempoh yang dinyatakan, Pihak Universiti tidak bertanggungjawab sekira berlaku kehilangan / kerosakan.


4.0 GRADUAN STATUS KELAINAN UPAYA

4.1 Graduan berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berkeadaan cacat anggota kaki atau menyukarkan pergerakan adalah disarankan untuk membawa kerusi roda milik persendirian. Sila berhubung dengan Petugas Konvokesyen sekiranya memerlukan bantuan ketika sesi pendaftaran dan sepanjang istiadat berlangsung.

5.0 KUASA UNIVERSITI

Graduan yang tidak mematuhi syarat dan peraturan yang dinyatakan di atas TIDAK DIBENARKAN untuk menyertai Istiadat Konvokesyen ini.


6.0 HAL-HAL LAIN

Sebarang pertanyaan mengenai Majlis Konvokesyen, sila hubungi Pejabat Pengurusan Akademik (PPA) di:

• 07 - 453 7696/7695/7684
• faksimili 07 - 453 6085
• email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
• facebook rasmi (facebook.com/konvokesyenuthm).

  • Last updated on .
Copyright © 2017 Convocation UTHM • Developed by PTM