PERATURAN MASUK DEWAN IBU BAPA/TETAMU / PENGIRING

 

1. Seorang graduan akan diberi Satu (1) keping pas kebenaran masuk untuk dua (2) orang tetamu. Kad jemputan sebagai kebenaran masuk dan pelekat kenderaan akan diedarkan di Kaunter Peminjaman Set Pakaian Konvokesyen.

2. Para ibu bapa / tetamu / pengiring graduan yang tidak membawa pas berkenaan TIDAK DIBENARKAN masuk.

3. Para ibu bapa / tetamu / pengiring dikehendaki mematuhi Peraturan Berpakaian dan Rupa Diri para tetamu dan jemputan dalam Majlis Konvokesyen.

4. Para ibu bapa / tetamu / pengiring DIMINTA mengambil tempat duduk 40 minit sebelum majlis bermula.

5. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun TIDAK DIBENARKAN masuk ke dewan.

6. Para ibu bapa / tetamu / pengiring diminta untuk terus berada di tempat duduk sepanjang majlis berlangsung dan KEWAJARAN menghormati keharmonian perjalanan majlis.

7. Penggunaan peralatan seperti telefon bimbit, kamera, perakam video, tablet atau peranti yang berbentuk rakaman adalah TIDAK DIBENARKAN untuk merakam perjalanan majlis.

8. Ibu bapa / tetamu / pengiring dinasihatkan agar membawa atau memakai pakaian kedua yang bersesuaian seperti blazer, kot dan jaket eksekutif kerana suhu hawa dingin di Dewan Sultan Ibrahim adalah sekitar 20’C – 24’C.

9. Makanan atau minuman TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke dalam dewan kecuali ubat-ubatan persendirian.

10. Kebersihan Dewan merupakan tanggungjawab bersama dan DILARANG para ibu bapa / tetamu / pengiring membuang sampah di zon khas bagi mereka.

11. Universiti berhak menahan atau TIDAK MEMBENARKAN ibu bapa / tetamu / pengiring yang TIDAK MEMATUHI peraturan yang ditetapkan untuk memasuki dewan.

  • Last updated on .
Copyright © 2017 Convocation UTHM • Developed by PTM