Skip to main content

PERATURAN AM TETAMU GRADUAN

  1. Seorang graduan akan diberikan satu (1) keping pas kebenaran masuk untuk dua (2) orang tetamu. Kad jemputan sebagai kebenaran masuk dan pas kenderaan akan diedarkan di Kaunter Peminjaman Set Pakaian Konvokesyen.

  2. Para tetamu graduan yang tidak membawa pas berkenaan TIDAK DIBENARKAN masuk.

  3. Para ibu bapa/etamu/pengiring dikehendaki mematuhi Peraturan Berpakaian dan Rupa Diri para tetamu dan jemputan dalam Istiadat Konvokesyen.

  4. Para tetamu DIMINTA mengambil tempat duduk dalam tempoh 40 minit sebelum majlis bermula.

  5. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam dewan.

  6. Para tetamu diminta untuk terus berada di tempat duduk sepanjang majlis berlangsung dan KEWAJARAN menghormati keharmonian perjalanan majlis.

  7. Penggunaan peralatan seperti telefon bimbit, kamera, perakam video, tablet atau peranti yang berbentuk rakaman TIDAK DIBENARKAN untuk merakam perjalanan majlis.

  8. Tetamu dinasihatkan agar membawa atau memakai pakaian kedua yang bersesuaian seperti blazer, kot dan jaket eksekutif kerana suhu pendingin hawa di Dewan Sultan Ibrahim adalah sekitar 20’C – 24’C.

  9. Makanan atau minuman TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke dalam dewan kecuali ubat-ubatan persendirian.

  10. Kebersihan Dewan merupakan tanggungjawab bersama dan para ibu bapa/tetamu/pengiring DILARANG untuk membuang sampah di dalam zon khas bagi mereka.

  11. Universiti berhak MENAHAN atau TIDAK MEMBENARKAN tetamu/ibu bapa/pengiring yang TIDAK MEMATUHI peraturan yang telah ditetapkan untuk memasuki dewan.