Skip to main content

Soalan Lazim Istiadat Konvokesyen UTHM
UTHM Convocation Ceremony Frequently Asked Questions (FAQ)

 

1. Bilakah tarikh Istiadat Konvokesyen?
When is the date of the Convocation Ceremony?

Tarikh Istiadat Konvokesyen UTHM ke-24 akan berlangsung pada 7 Disember 2024 hingga 12 Disember 2024.
The 24th UTHM Convocation Ceremony will take place from 7th December 2024 to 12th December 2024.

 

2. Apakah yuran yang perlu dibayar untuk menyertai Istiadat Konvokesyen?
What fees need to be paid to attend the Convocation Ceremony?

Semua graduan dikehendaki membayar yuran konvokesyen sama ada hadir atau tidak hadir. Yuran ini meliputi kos pengurusan set pakaian konvokesyen, salinan sijil dan transkrip, gambar di atas pentas dan kos pengurusan majlis.
All graduates are required to pay the convocation fee whether they attend or not. This fee covers the cost of convocation attire management, copies of the certificate and transcript, stage photo, and event management costs. 

 

3. Bagaimana saya boleh membayar yuran konvokesyen?
How can I pay the convocation fee?

Yuran konvokesyen boleh dibayar melalui portal e-payment selepas graduan membuat pengesahan kehadiran untuk hadir atau tidak hadir. Yuran konvokesyen adalah berbeza mengikut pilihan kehadiran graduan.
The convocation fee can be paid through the portal e-payment after graduates confirm their attendance, whether attending or not. The convocation fee varies depending on the graduate's attendance choice.

 

4. Bolehkah saya menangguhkan penyertaan Istiadat Konvokesyen?
Can I postpone my participation in the Convocation Ceremony?

Tidak. Graduan akan dijemput untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen bagi tahun semasa sahaja.
No. Graduates will only be invited to attend the Convocation Ceremony for the current year.

 

5. Bagaimana saya boleh mengetahui giliran sidang untuk menerima sijil semasa Istiadat Konvokesyen?
How can I find out my session order for receiving the certificate during the Convocation Ceremony?

Susunan sidang adalah berdasarkan program pengajian atau fakulti. Senarai sidang boleh disemak melalui portal konvokesyen UTHM.
The session arrangement is based on the study program or faculty. The list of sessions can be checked through the UTHM convocation portal.

 

6. Bagaimana saya boleh mendapatkan gambar semasa sesi penyampaian skrol di atas pentas?
How can I obtain photos taken during the scroll conferment session on stage?

Universiti akan menyediakan khidmat jurugambar rasmi di dalam dewan semasa Istiadat Konvokesyen. Graduan tidak perlu membayar lagi atas perkhidmatan ini kerana telah dimasukkan dalam caj yuran konvokesyen. Kaedah tuntutan gambar berkenaan akan dimaklumkan dalam sesi taklimat semasa pendaftaran graduan mengikut sidang masing-masing.
The university will provide official photography services in the hall during the Convocation Ceremony. Graduates do not need to pay extra for this service as it is included in the convocation fee. The method for claiming the photos will be announced during the briefing session at the time of graduates' registration for their respective sessions

 

7. Apakah langkah yang perlu diambil sekiranya terdapat kesilapan pada sijil atau transkrip akademik?
What steps should be taken if there is an error on the certificate or academic transcript?

Graduan perlu menghubungi Pejabat Pengurusan Akademik untuk memaklumkan tentang kesilapan tersebut. Walau bagaimanapun, caj akan dikenakan.
Graduates must contact the Academic Management Office to report the error. However, a fee will be charged.

 

8. Bagaimana cara mendapatkan set pakaian konvokesyen?
What is the process to obtain a convocation attire set?

Jubah graduan boleh diambil di Dewan Peperiksaan F2 (aras atas) pada tarikh yang ditetapkan. Graduan diminta merujuk dan mematuhi peraturan peminjaman jubah yang dinyatakan di portal konvokesyen sebelum datang pada sesi yang ditetapkan.
The convocation attire set can be collected at the F2 Examination Hall (upper level) on the specified date. Graduates are advised to refer to and comply with the robe rental regulations stated on the convocation portal before attending the designated session.

 

9. Bolehkah saya meminjam jubah untuk tempoh yang lebih lama?
Can I borrow the robe for a longer period?

Tidak. Had masa peminjaman dan pemulangan adalah mengikut tempoh yang ditetapkan seperti di dalam peraturan konvokesyen UTHM.
No. The borrowing and return time limits are according to the periods set in the UTHM convocation regulations.

 

10. Bagaimana jika saya tidak memulangkan jubah pada masa yang ditetapkan?
What happens if I do not return the robe by the specified time?

Graduan yang gagal memulangkan jubah pada masa yang ditetapkan akan dikenakan denda. Jadual peminjaman, pemulangan dan kadar denda yang dikenakan sekiranya lewat boleh dirujuk di peraturan konvokesyen UTHM.
Graduates who fail to return the robe by the specified time will be fined. The schedule for borrowing and returning the robe, as well as the fine rates for late returns, can be found in the UTHM convocation regulations.

 

11. Apakah pakaian yang dibenarkan dipakai semasa Istiadat Konvokesyen?
What attire is allowed to be worn during the Convocation Ceremony?

Graduan perlu memakai jubah akademik yang ditetapkan oleh universiti. Graduan lelaki dimestikan memakai lounge suit berwarna hitam atau biru-hitam serta bertali leher atau Baju Melayu Cekak Musang berwarna HITAM dan bersamping gelap. Manakala graduan wanita hendaklah memakai pakaian yang sopan dan sesuai dengan Istiadat Konvokesyen. Kasut formal bertutup berwarna hitam diwajibkan ke atas semua graduan. 
Graduates are required to wear the academic robe prescribed by the university. Male graduates must wear a black or blue-black lounge suit with a formal tie, or a black Baju Melayu Cekak Musang paired with a dark-colored samping. Female graduates must wear modest and appropriate attire in accordance with the Convocation Ceremony. All graduates are required to wear closed black formal shoes.

 

12. Bolehkah saya membawa keluarga atau rakan ke Istiadat Konvokesyen?
Can I bring family or friends to the Convocation Ceremony?

Graduan dibenarkan menjemput 2 orang tetamu sahaja. Pas kebenaran masuk ke dalam dewan akan diedarkan semasa sesi peminjaman jubah.
Graduates are allowed to invite only 2 guests. Entry passes for the hall will be distributed during the convocation attire collection session.

 

13. Apakah saya perlu hadir ke latihan raptai Istiadat Konvokesyen?
Do I need to attend the Convocation Ceremony rehearsal?

Ya. Kehadiran ke latihan raptai amat digalakkan bagi memastikan kelancaran Istiadat Konvokesyen. Graduan perlu hadir pada masa yang ditetapkan dan mengikuti arahan dari pihak universiti.
Yes. Attendance at the rehearsal is highly encouraged to ensure the smooth running of the Convocation Ceremony. Graduates must attend at the scheduled time and follow the instructions from the university.

 

14. Bagaimana saya boleh mendapatkan sijil dan transkrip akademik?
How can I obtain my certificate and academic transcript?

Transkrip akademik dan sijil boleh diambil di Dewan Peperiksaan F2 (aras satu) selepas tamat sidang Istiadat Konvokesyen dan telah memulangkan set pakaian graduan atau dihantar melalui pos. Pilihan kaedah tuntutan sijil dan transkrip boleh dibuat semasa membuat pengesahan kehadiran. Graduan akan dikenakan caj pengurusan pos sekiranya memilih kaedah tuntutan secara pos.
The academic transcript and certificate can be collected at the Examination Hall F2 (level one) after the Convocation Ceremony session and after returning the graduation attire, or they can be sent by post. The method for claiming the certificate and transcript can be chosen when confirming attendance. Graduates will be charged a postal handling fee if they choose to receive them by post.

 

14. Saya telah memilih kaedah tuntutan sijil secara pos, bolehkah saya mengambil sijil di Dewan F2 selepas tamat sidang konvokesyen?
I have chosen to receive my certificate by post. Can I still collect the certificate at Hall F2 after the convocation session?

Ya. Graduan boleh membuat tuntutan Sijil dan Transkrip di kaunter yang disediakan walaupun telah memilih tuntutan secara pos. Namun demikian, caj pengurusan pos yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.
Yes. Graduates can claim their certificate and transcript at the designated counter even if they have chosen to receive them by post. However, the postal handling fee that has been paid will not be refunded.


Graduan boleh membuat semakan maklumat penting mengenai Istiadat Konvokesyen dengan melayari Laman Web Konvokesyen UTHM atau di saluran Telegram Konvokesyen UTHM.

Graduates can check important information about the Convocation Ceremony by visiting the UTHM Convocation Website or through the UTHM Convocation Telegram channel.

 

Web : Portal Konvokesyen UTHM

Telegram : Konvokesyen UTHM 2024

Helpdesk : 07-4537696