Skip to main content

Etika Tetamu
Guest Etiquette

  • Para tetamu graduan hendaklah mengambil tempat duduk sekurang-kurangnya 40 minit sebelum istiadat bermula. 
    Guests of graduands are required to be seated at least 40 minutes prior to the commencement of the ceremony. 

  • Para tetamu graduan hendaklah kekal berada di tempat duduk masing-masing sepanjang istiadat berlangsung dan diminta menjaga keharmonian perjalanan istiadat.
    Guests of graduands must remain seated in their respective places throughout the ceremony and are required to maintain the decorum and harmony of the proceedings.

  • Penggunaan peralatan seperti kamera, perakam video, atau sebarang peranti rakaman adalah DILARANG SAMA SEKALI untuk tujuan merakam perjalanan istiadat. 
    The use of equipment such as cameras, video recorders, or any recording devices is STRICTLY PROHIBITED for the purpose of recording the proceedings of the ceremony.

  • Tetamu graduan digalakkan untuk membawa atau memakai pakaian tambahan yang bersesuaian seperti blazer, kot, atau jaket, memandangkan suhu pendingin hawa di Dewan Sultan Ibrahim adalah antara 20°C hingga 24°C.
    Graduands’ guests are encouraged to bring or wear additional suitable clothing, such as a blazer, coat, or jacket, as the air-conditioning temperature in Dewan Sultan Ibrahim is maintained between 20°C and 24°C.

  • Graduan serta tetamu graduan dinasihatkan agar mengambil sarapan atau minum pagi terlebih dahulu sebelum memasuki dewan, kerana pihak Universiti tidak menyediakan minum pagi.
    Graduates and their guests are advised to have breakfast or a light meal before entering the hall, as the University will not be providing any refreshments.

  • Makanan dan minuman TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke dalam dewan, kecuali bagi tujuan perubatan peribadi.
    Food and beverages are STRICTLY PROHIBITED from being brought into the hall, except for personal medical purposes.

  • Kebersihan dewan merupakan tanggungjawab bersama, dan para tetamu graduan DILARANG MEMBUANG SAMPAH di luar kawasan yang telah ditetapkan.
    The cleanliness of the hall is a shared responsibility, and guests of graduands are STRICTLY PROHIBITED from disposing of rubbish outside the designated areas.

  • Ibu bapa atau tetamu graduan yang berkeperluan khas / OKU digalakkan untuk membawa pengiring bagi memastikan pergerakan mereka dapat dijalankan dengan selamat dan teratur. Sekiranya memerlukan sebarang bantuan, sila maklumkan kepada petugas yang bertugas di dewan.
    Parents or guests of graduands with special needs / persons with disabilities (OKU) are encouraged to be accompanied by an escort to ensure their movement can be carried out safely and in an orderly manner. Should any assistance be required, please inform the staff on duty at the hall.